Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Rabu, 20 Julai 2011

Istilah Bagi Handphone !


Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Kebiasaannya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada handphone. Sebutan untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.

Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.

Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.sebagai alat hiburan music,rakaman video dan mengakses internet.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan