Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Rabu, 24 Ogos 2011

Langkah-langkah menggunakan Bluetooth

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Bluetooth

1.Klik pada perisian Buetooth Bluesoil

2.Kemudian klik pada My device,dimana proses peranti dari komputer anda akan mencari peranti

bluetooth telefon bimbit yang lain.

3. Nama peranti bluetooth yang lain akan dipaparkan dan ini bermakna peranti bluetooth dari komputer

anda dapat mengesan peranti bluetooth telefon bimbit yang lain.Kemudian klik pada nama peranti

yang dikesan.Contohnya Nokia 3660.

4 .Untuk menghantar sebarang data dari komputer ke peranti telefon bimbit anda perlu klik pada Bluetooth

File Transfer.

5.Anda perlu memasukkan passkey pada komputer anda.No passkey ini adalah no yang anda masukkan

pada permulaan untuk mengakses bluetooth pada telefon bimbit anda.Semasa anda klik pada

Bluetooth File Transfer,lihat pada telefon bimbit anda,dan masukkan no passkey.Kemudian dengan

menggunakan no yang sama masukkan pada komputer.

6. Setelah passkey diakses paparan Remote Shared Folder akan keluar.Ini bermaksud anda telah

membenarkan komputer untuk berkongsi untuk memindahkan fail dari komputer ke telefon bimbit.

7. Anda boleh memilih fail yang akan dimasukkan ke dalam folder telefon bimbit anda.Klik copy pada

fail yang dipilih dan pastekan pada folder telefon bimbit.


8 .Proses untuk memindahkan fail sedang dijalankan dan tunggu sehingga proses ini selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan