Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Selasa, 1 Januari 2013

Apple Perkenal iPad Mini.


Syarikat Apple Inc memperkenalkan iPad mini keluaran terbaru mereka yang dijangka mampu mengatasi pasaran komputer tablet daripada beberapa pesaing terdekatnya seperti Amazon,Google dan Samsung.

“Komputer ini bukan versi mini bagi iPad,tetapi satu gajet rekaan baharu secara keseluruhannya,”kata Timbalan Presiden Pemasaran Apple,Phil Schillernya pada majlis perasmian iPad.

Paparan skrin sentuh iPad mini lebih kecil iaitu 20 sentimeter berbanding 24 sm untuk iPad.Sebuah iPad mini 16 gigabit dengan sambungan wi-fi dijual di Amerika Syarikat(AS) pada harga AS$329(RM1,003),manakala versi dilengkapi WiFi dan keupayaan selular pula berharga AS$459(RM1,400).

Bagi iPad mini 64GB dengan wi-fii dan keupayaan selular pula berharga AS$659(RM2010).Ipad mini turut dilengkapi dengan kamerahadapan dan belakang sama seperti iPad.Tempahan iPad mini boleh dibuat bermula esok di AS manakala proses penghantaran iPad mini versi Wi-Fi akan bermula pada 2 November depan ke beberapa buah negara di rantau Asia,Eropah dan Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan