Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Rabu, 27 November 2013

BlackBerry 10


Satu lagi telefon pintar BlackBerry 10 terbaru mula berada di pasaran yang juga phablet pertama syarikat telekomunikasi dari Kanada ini, iaitu BlacKBerry Z30 yang memiliki skrin 5 inci Super AMOLED.

Skrin 5 inci ini memiliki resolusi hadir dengan resolusi 720 x 1280 piksel. Tidak hanya itu, BlackBerry menyematkan sistem operasi terbaru BlackBerry OS 10.2 pada telefon ini. 

Dengan OS itu, Z30 menyokong ciri fungsi baru seperti BlackBerry Priority Hub, BBM Now pada semua aplikasi ataupun preview message. 

Produk ini menggunakan prosesor Qualcomm Snapdragon S4 Pro dual core berkelajuan 1.7GHz dan dikuasakan oleh GPU Adreno 320.

Bahagian belakang, terdapat kamera 8MP yang memiliki fungsi LED flash serta autofocus. Di bahagian depan, ada kamera 2MP sebagai tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan