Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Khamis, 20 Oktober 2011

Sony Ericsson C903


Rekabentuk Terserlah
Kehadiran Sony Ericsson C903 ini yang menggunakan rekabentuk jenis slide pastinya mampu menarik perhatian peminat handphone siri Cyber-shot. Terdapat tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan juga hitam.

Penutup Lensa Unik
Jika kebanyakan handphone di pasaran menyediakan penutup lensa yang hanya akan menutup bahagian lensa kamera sahaja, C903 memiliki penutup lensa yang kelihatan unik dan mirip seperti kamera digital. Penutup lensa yang menggunakan rekaan jenis slide ini akan menutup bukan sahaja lensa kamera, malah ia juga turut menutup bahagian photo flash.

Fungsi Penggambaran Diperbaharui
Kini dengan menggunakan C903, pengalaman bergambar terasa lebih hebat dengan adanya fungsi Smile Shutter. Apabila anda membuat pilihan mod penggambaranini, secara automatik gambar akan diambil sebaik sahaja lensa kamera mengesan senyuman yang terukir.

Bawah Handphone
Anda tidak perlu lagi risau tertekan butang yang terdapat pada handphone ini kerana ia ia menyediakan butang jenis slide khas untuk mengunci handphone ini. Anda cuma perlu menolak ke kiri atau ke kanan untuk tujuan mengunci atau membuka dengan mudah menggunakan butang yang terletak di bahagian bawah handphone.

Sisi Kanan Handphone
Pada bahagian sisi kanannya dilengkapi dengan pelbagai butang kawalan bagi memudahkan anda menggunakan fungsi multimedia. C903 turut menyediakan butang pintas untuk masuk ke mod galeri, mod kamera/video dan juga butang kamera untuk membuat penggambaran dalam mod landscape.

Sisi Kiri Handphone
Bahagian sisi kiri C903 dilengkapi dengan slot memori tambahan hot swap jenis Memory Stick Micro (M2) yang menggunakan penutup jenis getah lembut bagi mengelakkan sebarang habuk daripada terkumpul. Manakala di bahagian atasnya pula disediakan port USB yang bertindak sebagai tempat mengecas dan juga sambungan kabel untuk pemindahan data.

Pad Kekunci
Rekaan pad kekunci yang dimiliki model C903 ini disediakan dengan butang yang besar dengan permukaan jenis cembung bagi memudahkan anda untuk pantas menaip SMS. Walaupun jari anda besar, ia tidak menjadi maslah untuk menggunakan handphone ini dengan selesa.

Skrin Kalis Calar
Kebanyakan handphone keluaran Sony Ericsson telah pun menggunakan skrin kalis calar sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan model C903, paparan skrin berukuran 2.4 inci beresolusi 240 x 320 piksel ini turut memiliki permukaan skrin yang kalis calar!

SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON C903:

Band : GSM 850/900/1800/1900/ & UTMS 900/1200
Ukuran : 97 x 49 x 16mm
Berat : 96g
Skrin : 2.4 inci TFT
Warna : 262,144
Resolusi : 240 x 320 pixels
Kamera : 5 Megapixel (Auto Focus, Photo Flash, Smile Shutter)
Memori : 105MB / Memory Stick Micro (M2)
Fungsi Lain : Radio FM, Youtube, Accelerometer, A-GPS, Motion Gaming

Tiada ulasan:

Catat Ulasan