Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Rabu, 19 Oktober 2011

Cara memanjangkan hayat bateri handphone !


1. Off handphone ketika mengecas
Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri bateri akibat daripada penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

2. Jangan selalu cas di kereta
Ketika mengecas handphone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untukmenghidarkan dari terjadi memory effect.

4. Cas pertama kali mesti full
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang (seperti disyorkan).

5. Sentiasa kawal
Jika kita mengecas terlalu lama juga tidak baik untuk bateri kerana ia boleh merosakkan komponen di dalamnya. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya kerana masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan