Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Selasa, 18 Oktober 2011

Tips merawat LCD handphone


(1) Jika anda membeli handphone baru, sebaiknya jangan terburu-buru mengikut trend untuk menukar lampu pada skrin handphone. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan jaminan dari pengedar. Jika proses pemasangan lampu LCD dilakukan kurang cermat, ia boleh menyebabkan kerugian berganda. Selain handphone rosak, LCD belum tentu akan kembali seperti sedia kala.

(2) Handphone yang mencapai usia dua tahun atau lebih akan mengalami penurunan kemampuan pada LCDnya. Jika LCD makin kabur, anda perlu menggantikan LCD tersebut dengan segera.

(3) Jangan selalu menggoncang handphone anda kecuali jenis handphone yang dilengkapi aplikasi yang tahan goncangan seperti Motion Sensor. Jika kerap dilakukan LCD akan mengalami kerosakan.

(4) Jangan biarkan LCD handphone anda tertekan atau ditekan. Ini sangat penting kerana jika LCD handphone anda mengalami tekanan yang kuat, ia akan mengeluarkan cecair yang menyebabkan LCD handphone anda akan menjadi blank.

(5) Jangan biarkan LCD handphone anda terkena pancaran cahaya matahari secara terus atau terkena panas atau suhu terlalu sejuk. Ini kerana ia akan mengurangkan tenaga dan kualiti cecair kristal pada LCD tersebut.

(6) Jika anda ingin menggantikan casing, carilah casing yang ukurannya sepadan sebagaimana casing original. Ini kerana ukuran casing yang bukan original biasanya terlalu rapat dan akan menekan LCD handphone. Jadi anda perlulah perhatikan jarak casing depandepan dengan LCD anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan