Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Selasa, 12 November 2013

Alcatel Onetouch IdolX



TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan Alcatel Onetouch IdolX, model baru telefon pintar keluaran Alcatel bagi pasaran Malaysia. 

Model yang ditawarkan pada harga RM1,099 seunit itu didatangkan dengan empat pemerosesan berkapasiti 1.5Ghz, paparan definisi tinggi lima inci dengan teknologi penukaran cahaya (IPS) serta rekaan nipis dengan ketebalan hanya 6.9 milimeter. 

Ciri berprestasi tinggi telefon pintar setaraf model telefon pintar utama lain tetapi Alcatel menawarkannya pada harga berpatutan.

Model telefon pintar terbaru Alcatel itu menawarkan paparan terbaik di bawah sinaran matahari kerana menggunakan teknologi IPS selain keluasan pandangan skrin sehingga 170 darjah.

Selain skrin definisi tinggi dengan IPS, Alcatel Onetouch IdolX juga didatangkan dengan kamera definisi tinggi 13.1 megapiksel yang menghasilkan gambar berkualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan