Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Rabu, 13 November 2013

Panel LCD ternipis




Teknologi telefon pintar hari ini cukup pantas berubah. Persaingan sengit menyebabkan syarikat pengeluar telefon pintar sentiasa menghasilkan produk lebih canggih, sama memberi nilai tambah, perubahan secara kosmetik atau memang benar-benar ciptaan terbaharu. 

Pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkemuka, LG baru-baru ini mempamerkan produk terbaru yang bakal menjadi panel skrin ternipis di dunia dengan fungsi Full HD untuk telefon pintar.

Panel skrin LCD ini tidak hanya menjadikan ukuran yang nipis malah mudah dipegang selain kualiti skrin yang lebih baik. Panel ini memiliki ketebalan tidak kurang daripada 2.2 milimeter. 

Ketika ini LG Display menggunakan panel skrin dengan ukuran 5.2 inci. Panel skrin ini juga dikatakan mampu meningkatkan kualiti kecerahan skrin berbanding panel skrin lain di pasaran. 

Namun teknologi ini masih lagi dalam kajian untuk meningkatkan mutu tapi sumber menyatakan jika panel skrin ini berjaya disiapkan LG juga bakal mengeluarkan telefon pintar ternipis di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan