Paparan skrin yang lebih jelas dan cantik, kepelbagaian tugasan yang boleh dilaksanakan pada satu-satu masa, keriangan berhibur tanpa had serta peluang berkarya dan berkreativiti dengan lebih luas, segalanya bakal anda temui pada Samsung Galaxy Note 10.1 edisi 2014.
Dilengkapi paparan skrin 10 inci LCD WQXGA Super Clear dengan resolusi tinggi (2560x1600), pemproses 2.3 GHzQuad Core dan RAM setinggi 3GB menjadikan Galaxy Note 10.1 itu kegilaan ramai.
Selain teknologi, aplikasi baharu juga antara yang menjadi perhatian antaranya paparan ala majalah (UX) membolehkan pengguna menyusun sumber-sumber kegemaran agar mudah untuk diakses serta satu pengalaman membaca yang baharu.
Sama ada anda sedang menonton video, membaca majalah atau e-book, Galaxy Note 10.1 baharu menyediakan pengalaman media yang mendalam ditambah bersama rekaan lapisan perlindungan pada bahagian belakangnya yang bergaya, elegan dan juga canggih.
Menerusi aplikasi Multi Window, pengguna boleh menggunakan dua aplikasi yang sama berasingan dan menggunakan S Pen untuk meleret dan meletakan sebarang kandungan seperti gambar dan tulisan dari satu aplikasi kepada aplikasi yang lain.
Manakala Pen Window pula membolehkan pengguna melakarkan saiz aplikasi pada paparan skrin seterusnya memasuki aplikasi lain seperti Youtube dan juga kalkulator.
Selain aplikasi yang dinyatakan di atas, perkakasan atau aksesori Galaxy NOTE 10.1 versi baharu iaitu S Pen dan serta aplikasi S Note juga turut diperbaharui.
Antara kelebihan S Pen yang dinaik taraf adalah sensitiviti, keberkesanan penggunaan sepanjang hari serta kebolehan menghasilkan lebih banyak input kreatif.
Penggunaan S Pen bertambah menarik apabila Samsung turut menyediakan aplikasi khas iaitu Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan S Finder yang mana mampu mengasah daya kreativiti pemiliknya dalam penggunaan gajet tersebut.
Action Memo merupakan kemampuan gajet tersebut membaca tulisan tangan pada mana-mana bahagian paparan skrin dan menukarkan info tersebut kepada kandungan yang diformat.
Menerusinya anda boleh melakukan panggilan, menambah pada kandungan kenalan (contact), mencari alamat di dalam peta melakukan carian di laman web atau menyimpan nota peringatan (to-do-list).
Scrapbook pula membolehkan pengguna menyusun kandungan daripada sumber yang pelbagai termasuk laman web, YouTube, dan Galeery di dalam satu-satu tempat khas agar mudah untuk dicari semula.
Seterusnya Screen Write merupakan kaedah mudah menyalin mana-mana pada imej skrin penuh sesebuah laman dan anda boleh meletakkan komen padanya.
Rata-rata kelebihan yang dinaiktaraf pada Galaxy Note 10.1 edisi 2014 juga boleh ditemui pada Samsung Note 3 dan bagi peminat kedua-dua gajet tersebut pasti menjadi satu kemestian untuk memilikinya.
Galaxy NOTE 10.1 edisi 2014 juga akan dimuatkan dengan âwidgetâ Samsung App yang mana boleh memudahkan anda untuk meneroka kandungan menarik yang disediakan oleh Samsung.
Widget tersebut tidak perlu dimuat turun kerana akan disediakan bersama apabila gajet tersebut dibeli termasuk seksyen tawaran istimewa untuk Galaxy yang mana akan mengetengahkan kandungan yang unik.
Gajet pintar tersebut tersedia dalam dua warna, jet black dan classic White dan pada kadar memori binaan dalaman 32GB, kad mikro SD dan bersama sambungan LTE dan bakal menemui anda bermula bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan