Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Sabtu, 16 November 2013

iPhone 6 dengan skrin melengkung


Telefon pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran.

Begitu juga penjualan telefon sebegini dengan harga agak mahal. Namun hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung. 

iPhone terbaru milik Apple untuk 2014 juga dikhabarkan tidak mahu ketinggalan mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung. 


Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software besar-besaran berbanding iPhone 5S.

Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung, Apple juga bakal menggunakan sensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza.

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan