Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Ahad, 17 November 2013

Telefon Pintar Moto G




“Moto G adalah telefon pintar yang memberikan pengalaman premium dengan teknologi hari ini,” kata Ketua Eksekutif Motorola, Dennis Woodside, ketika melancarkan telefon itu di hab perniagaan Brazil, Sao Paulo.

Ada tarikan tersendiri 

Peranti baru itu adalah versi kos rendah Moto X yang dikeluarkan awal tahun ini di AS, tetapi kekurangan beberapa ciri-ciri seperti kamera definisi tinggi dan keupayaan untuk mengakses rangkaian terpantas 4G.

Moto G dilengkapi dengan pemproses 1.2GHz quad-core Qualcomm Snapdragon dan kamera 5 megapiksel di depan dan belakang. 

Ini akan membolehkan telefon itu ‘menarik perhatian menerusi ciri kelebihannya’,” kata Pengurus Perisian Produk untuk Motorola, Punit Soni.

“3G sudah memadai,” kata Llamas dalam pos twitter miliknya: “Pengguna dalam pasaran baru membangun adalah sensitif terhadap harga, tetapi tidak jahil mengenai apa kualiti telefon pintar. Moto G sedang menangani keperluan itu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan