Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...

Khamis, 21 November 2013

Cipta kelainan dengan Galaxy Note 3


MENERUSKAN legasi telefon pintar penuh gaya, Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan terbaru Samsung Galaxy Note 3.

Bagaikan membawa sebuah komputer di dalam poket, itulah yang boleh dikatakan bagi telefon bimbit pintar terbaru keluaran Samsung ini.

Dengan menggunakan pemprosesan 2.3 Ghz Quad-Core, sememangnya memberi anda kuasa terbaik bagi sebuah telefon pintar.

Tindakan Samsung menambah baik perisian sebelum ini melihatkan komitmennya dalam menghasilkan telefon mudah alih yang direka untuk kemudahan manusia.

Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, Galaxy Note baru ini merupakan kesinambungan evolusi Samsung sebelum ini.

"Ia menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak. Ia lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.

"Rekaannya lebih cantik dan ia memberi pengalaman yang lebih baik daripada semua segi," katanya pada majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu.

Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih.

Sementara itu, Samsung Galaxy Note 3 turut memperkenalkan fungsi S Pen yang digunakan sebagai 'kunci' yang dapat membuka ciri-ciri Note 3.

Jelasnya, S Pen mempunyai lebih banyak fungsi, bukan saja untuk menulis atau melukis.

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemaskini dan lebih intuitif dan senang disusun selain lebih mudah untuk menulis maklumat.

Note 3 juga mempunyai multiwindow yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan