Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...
Memaparkan catatan dengan label Alcatel Handphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alcatel Handphone. Papar semua catatan

Rabu, 30 April 2014

Alcatel Onetouch Idol X


Alcatel hari ini telah melancarkan dua model terbaru keluarannya iaitu Alcatel OneTouch Idol X+ dan juga Alcatel OneTouch Idol Alpha untuk pasaran tempatan. Kedua-dua model ini telah dijual bermula hari ini pada harga RM1,299 untuk model Alcatel OneTouch Idol X+ dan RM1,099 untuk model Alcatel OneTouch Idol Alpha.

Lebih menariknya Alcatel OneTouch Idol X+ turut didatangkan sekali dengan JBL in-ear stereo earphones dan juga BOOMBand (untuk tempoh terhad) secara percuma.

Kedua-dua model ini boleh didapati secara eksklusif bermula hari ini di Alcatel OneTouch roadshow bertempat di Low Yat Plaza Concourse yang akan berakhir pada 23 Mac ini. Selepas dari tarikh tersebut kedua-dua model ini boleh didapati dari pengedar yang sah di seluruh negara.
 
 
Alcatel OneTouch Idol X+ :
• Warna - Spin Black & Spin White
• 140.4 x 69.1 x 8.1mm
• 130g
• 5" HD Penuh IPS 1080 x 1920 pixels
• Black Crystal Touch Panel
• Oleophobic coating
• Corning Gorilla Glass 2
• Android 4.2.2
• Dual SIM Dual Standby
• Octa Core 2 GHz
• 13.1 Megapixel
• 16GB + 2GB RAM
• Bateri 2500mAh

Alcatel OneTouch Idol Alpha :
• Warna - Slate
• 138 x 66.6 x 7.5mm
• 117.4g
• 4.7" HD IPS 1280 x 720 pixels
• Black Crystal Touch Panel
• Oleophobic coating
• Dragontrail Glass
• Android 4.2.2
• Single SIM
• Quad Core 1.2 GHz
• 13.1 Megapixel
• 16GB + 1GB RAM
• Bateri 2000mAh

Selasa, 12 November 2013

Alcatel Onetouch IdolX



TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan Alcatel Onetouch IdolX, model baru telefon pintar keluaran Alcatel bagi pasaran Malaysia. 

Model yang ditawarkan pada harga RM1,099 seunit itu didatangkan dengan empat pemerosesan berkapasiti 1.5Ghz, paparan definisi tinggi lima inci dengan teknologi penukaran cahaya (IPS) serta rekaan nipis dengan ketebalan hanya 6.9 milimeter. 

Ciri berprestasi tinggi telefon pintar setaraf model telefon pintar utama lain tetapi Alcatel menawarkannya pada harga berpatutan.

Model telefon pintar terbaru Alcatel itu menawarkan paparan terbaik di bawah sinaran matahari kerana menggunakan teknologi IPS selain keluasan pandangan skrin sehingga 170 darjah.

Selain skrin definisi tinggi dengan IPS, Alcatel Onetouch IdolX juga didatangkan dengan kamera definisi tinggi 13.1 megapiksel yang menghasilkan gambar berkualiti.