Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...
Memaparkan catatan dengan label Lg Hanphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lg Hanphone. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

Panel LCD ternipis




Teknologi telefon pintar hari ini cukup pantas berubah. Persaingan sengit menyebabkan syarikat pengeluar telefon pintar sentiasa menghasilkan produk lebih canggih, sama memberi nilai tambah, perubahan secara kosmetik atau memang benar-benar ciptaan terbaharu. 

Pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkemuka, LG baru-baru ini mempamerkan produk terbaru yang bakal menjadi panel skrin ternipis di dunia dengan fungsi Full HD untuk telefon pintar.

Panel skrin LCD ini tidak hanya menjadikan ukuran yang nipis malah mudah dipegang selain kualiti skrin yang lebih baik. Panel ini memiliki ketebalan tidak kurang daripada 2.2 milimeter. 

Ketika ini LG Display menggunakan panel skrin dengan ukuran 5.2 inci. Panel skrin ini juga dikatakan mampu meningkatkan kualiti kecerahan skrin berbanding panel skrin lain di pasaran. 

Namun teknologi ini masih lagi dalam kajian untuk meningkatkan mutu tapi sumber menyatakan jika panel skrin ini berjaya disiapkan LG juga bakal mengeluarkan telefon pintar ternipis di dunia.

Khamis, 13 Oktober 2011

Handphone 3D !


Terfikir ka nak lihat video 3d dalam handphone? Nampaknya LG Optimus 3D telah mendahului gergasi handphone yang lain dengan memperkenalkan handphone yang ada keupayaan menangkap dan melihat imej dalam bentuk 3D. Ia dilengkapi dengan 2 lensa kamera di belakang handphone yang berfungsi menangkap dua imej untuk satu pemandangan dan dimainkan secara serentak dalam skrin 3D. Skrin LG Optimus 3D dilitupi dengan material yang sama digunakan dalam skrin tv atau sinema 3D. Paling hebat ia boleh merekod video 3D dan dimainkan dalam handphone tanpa perlu guna kacamata 3D. Fuhh...nampaknya sinema 3D dah boleh dibawa ke mana-mana.

Selasa, 23 Ogos 2011

KU970 (3.5g) Dari LG Mobile


LG Electronics (LG) telah melancarkan handphone LG Shine 3.5g KU970 terbaru. Model ini merupakan handphone kedua dalam Black Label Series selepas LG chocolate. Aplikasi handphone baru ini sama sahaja dengan model KE970 terdahulu iaitu stylish full metal LCD mirror.

Namun KU970 telah diupgrade dengan servis 3.5 (kepantasan HSDPA) dan built in memori 512 MB. Selain itu KU970 juga dilengkapi dengan kamera 2 Megapixel dengan flash, kamera kedua VGA untuk video call, Bluetooth, MMS, VOD, MOD dan turut menyokong format file MPEG, H.263, AMR, VT, AAC, AAC+, MP3, WMA DAN WAV. Menurut Handphone ini juga menggunakan band network 900/1800/1900 dan UMTS, HSDPA ( 3.6Mbps) dengan harga tawaran RM1399.

Selasa, 16 Ogos 2011

Lg KU990 VIEWTY


Handphone LG KU990 Viewty merupakan pakej baru yang menggunakan teknologi tinggi seperti kepantasan HSDPA 3.6Mbps, stereo Bluetooth dan kamera 5 Megapixel dengan auto focus. Handphone touch screen baru ini memberi peluang untuk anda berseronok dengan pelbagai fungsi tahap professional melalui handphone kemas dan elegan ini. Terdapat satu fungsi penting di dalam handphone ini yang akan menarik perhatian anda kerana terdapat fungsi muvee studio dan anda dapat menghasilkan satu studio foto yang dapat dimainkan secara random dengan muzik. Anda boleh memilih Classic, Forover, Moody dan Modern.