Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...
Memaparkan catatan dengan label Jepun Handphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun Handphone. Papar semua catatan

Sabtu, 30 November 2013

Telefon ringan dan kecil




Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun.

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.

Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. 

Beratnya pula sekitar 32 gram.Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam dan 12 hari waktu sedia. 

Khamis, 23 Jun 2011

SH903iTV Made in Jepun


SH903iTV telah menggunakan teknologi televisyen LCD AQUOS , SV iaitu super vivid yang terdapat dalam handphone itu boleh meningkatkan tahap kejituan serta kontras skrin , maka ia juga dikenali sebagai handphone AQUOS , ia telah menggunkan skrin lebar yang paling besar di dunia hari ini iaitu LCD ASV berukuran 3 inci ditambah dengan resolusi tinggi ( wideQVGA ) 240 x 400 pixels sehingga boleh memaparkan kualiti gambar yang sama seperti AQUOS .

Apabila pengguna sedang menonton tv melalui skrin penuh bentuk mendatar , ia boleh juga memaparkan skrin kedua , ini menyenangkan pengguna menyemak panggilan masuk , e-mel atau menyemak rutin harian . SH903iTV juga menyokong fungsi WANSEGU dimana boleh merakam program yang dimainkan lalu menyimpan di dalam kad memori handpone , malahan sama seperti DVD juga , boleh memainkan audio visual serentak dengan laju.

Komen Penulis Blog : Kalau ada jual kat malaysia kan best , hi..hi..hi..