Jom Chat !

Selamat Datang Ke Blog Info Handphone...
Memaparkan catatan dengan label Teknologi Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi Baru. Papar semua catatan

Jumaat, 18 April 2014

Teknologi On The GO


Adakah ini yang korang cari? Telah dihebahkan sebelum ini, ada beberapa model/jenama thumbdrive yang serasi teknologi OTG (On-The-Go) di pasaran, untuk tablet dan smartphone Android. Model terbaru, Ultra Dual USB Drive keluaran SanDisk. Harga gajet OTG ini berbeza mengikut model, jenama, dan kapasitinya

Rabu, 16 April 2014

Inilah dia ‘monopod’

 
Ini bukan joran atau kayu golf..! Inilah dia ‘monopod’, yang boleh memegang kamera digital atau telefon pintar (smartphone) korang. Bagi korang yang minat ‘selfie’ tentu ada, atau setidak-tidaknya pernah guna alat ni untuk rakam gambar sendiri atau beramai-ramai. Tak perlu minta tolong orang, macam dulu-dulu. Selain kaki ‘selfie’, pengguna produk GoPro juga biasa dengan alat ni hehe

Isnin, 25 November 2013

Konsep Telefon Facebook




Telefon Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Lebih kurang dua tahun yang lalu HTC dan Facebook bekerjasama menghasilkan HTC ChaCha dan Salsa yang dilengkapi butang khas hanya untuk melancarkan aplikasi Facebook. Terdapat ura-ura mengatakanZuckerberg sedang bekerjasama dengan HTC sekali lagi bagi menghasilkan telefon Facebook yang baru menjelang pertengahan 2013. Buat masa ini tiada siapa tahu bagaimana rupa telefon pintar ini dan sistem operasi apakah yang bakal digunakan. Ini menyebabkan beberapa orang pereka melakukan rekaan telefon Facebook mereka sendiri.

Blue Experience 2 ialah konsep rekaan Tolga Tuncer. Ia berbentuk kotak kerana ia juga berfungsi sebagai telefon Instagram (yang sudah dibeli Facebook). Bila diletakkan di atas meja Blue Experience 2 boleh dijadikan bingkai gambar Instagram. Ia dilengkapi roda pentatal fizikal yang memudahkan anda mentatal susur masa dan filter di dalam aplikasi Instagram. Ia juga dilengkapi skrin sesentuh LCD 3.1". Tidak seperti telefon biasa, mikrofon dan earphone telefoninya terletak pada bahagian belakang. Menurut Tolga, ini adalah bagi memastikan skrin sesentuh tidak dikotori dengan minyak apabila ia dilekapkan kepada muka pengguna ketika menggunakan telefon. Nice idea tetapi malangnya orang zaman sekarang dah malas dengan Facebook.

Ahad, 24 November 2013

Telefon Sebesar Kad Kredit



Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Now telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.

Sabtu, 23 November 2013

Dengan Menggunakan Telefon Bimbit





Alat ini gunakan untuk mengunci rumah anda dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Korang boleh mengawal kunci rumah tanpa perlu menggunakan kunci dan kod rahsia. Korang hanya perlukan sebuah telefon pintar sahaja. Alat ini berharga $199 dan akan dijual pada hujung tahun ini

Khamis, 3 Januari 2013

Handphone Jenis Teknologi Baru





Satu konsep model handphone yang menggunakan minuman ringan seperti COCA-COLA dicipta oleh seorang desinner ni. Uniknya, sambil pakai hp, korang boleh minum la kan. Konsep ni tak ubah macam botol air handphone yang budak darjah satu bawak tu..haha.