
Jom Chat !
Isnin, 23 April 2012
10 tips menjaga handphone !

Isnin, 24 Oktober 2011
Tips Hindari Handpone Dari Meletup !

Rabu, 19 Oktober 2011
Cara memanjangkan hayat bateri handphone !

Selasa, 18 Oktober 2011
Tips merawat LCD handphone

Isnin, 10 Oktober 2011
Tips memanjangkan hayat bateri handphone

1. Jimat menggunakan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang di gunakan.
Anda ingat bahwa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bereti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.
Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.
2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda.
Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
3. Biasakan untuk mematikan hand phone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas.
Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.
4. Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.
Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.
5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.
6. Jangan letak handphone anda di tempat yang panas.
Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru.
7. Gunakan original charger.
Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
8. Elakkan cas handphone dalam kereta.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.
9. Bersih itu asas kesihatan.
Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..
Ahad, 9 Oktober 2011
Tempoh cas bateri handphone baru
sekiranya kita cas kurang dari sepatutnya (+-8 jam), bateri kita akan cepat 'kong' (obselete) ...
perlu diingat bahawa pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yg tidak benar buat masa kini.Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan utk HP lama2 yg menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd.
Utk bateri jenis Lithium ( kebanyakan Hp guna Bateri jenis ni ) ...tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah cukup...plh lama pun 4 jam. DAN...sepatutnya jka pertama kali menggunakan HP baru...anda kene gunakan sehingga Habis , kemudian barulah dicas selama 3-4 jam.
Sabtu, 8 Oktober 2011
Aktiviti Yang Cepat Menghabiskan Bateri !
Jumaat, 7 Oktober 2011
Cara Menjaga LCD Handphone

Jangan rajin goncang-goncang handphone anda. Maklumlah paparan skrin akan berubah-ubah bila digoncang. Canggihlah...katakan! LCD akan mudah rosak jika anda suka goncang-goncang handphone semata-mata nak tunjuk kecanggihannya.
Jangan gunakan kuku yang tajam (biasanya kaum perempuan) bila gunakan aplikasi "touch screen" biasakan pakai pen yang telah disediakan. Kuku yang tajam boleh mengoyakkan skrin. kalau dah koyak...abislah...LCD jadi gelaaap... saja.
Jangan dedahkan handphone anda pada cahaya matahari yang tengah panas terik. Ini akan mengurangkan kualiti kristal pada LCD.
Jangan jatuh sehingga pecah skrin handphone. Kalau suka pakai tali dan gantung pada leher. Kalau mau smart lagi...beli sarung "beg" lekat di pinggang. ceh..!!! macam pegawai koprat. Jangan jadi keparat sudah. Bergaya tapi penjahat. Perempuan kurang masalah...sebab handphone dalam beg sikut.
Cuma masalahnya...dalam beg sikut tu banyak benda lain. Gincu...mekap...pencabut bulu kening...gunting bulu kaki...kacip kuku...kunci kereta...tisu...ehh!! banyaknya..sampai susah mau cari handphone bila ada call. Tapi itu aku tak hairan...biniku pun sama juga, dalam begnya macam-macam ada. Ok..lah itu saja perkongsian yang sempat saya tulis hari ini. Selamat menjaga handphone yang mahal...tu.
Isnin, 18 Julai 2011
Tips Pengecas Handphone !
Ahad, 17 Julai 2011
Tips Membersihkan Handphone !
Jumaat, 15 Julai 2011
5 tips menjaga handphone dari virus

2. Fungsi Bluetooth sebaiknya diubah kepada mode hidden atau jangan diaktifkan jika tidak digunakan (secara default, Bluetooth handphone sudah diaktifkan).
3. Install perisian anti virus.
4. Jika secara tidak sengaja install virus sepertti Cabir, jangan lakukan reboot pada handphone, tetapi cubalah mencari kaedah penyelesaiannya di internet.
5. Ikuti petunjuk penghapusan virus seperti yang diberikan oleh pengeluar anti virus.
Khamis, 14 Julai 2011
Tips Jaga Telefon Bimbit !

- Bateri - Seboleh-blehnya gunakan bateri yang original
- Bateri - Untuk cas telefon, seboleh-bolehnya cas ketika bateri hampir habis dan elakkan cas terlalu lama (walaupun dah penuh)
- Bersihkan telefon anda dengan menggunakan kain yang lembut, elakkan mencuci dengan menggunakan air dibimbangi merosakkan telefon.
- Jika telefon anda dimasuki air, jangan On terlebih dahulu. Keringkan telefon tersebut terlebih dahulu.
- Jaga telefon anda dan elakkan ia dari dibaling atau jatuh dari kedudukan yang tinggi.
Selasa, 5 Julai 2011
Jangan Dekat Dengan Logam
Selasa, 21 Jun 2011
Cara Memanjangkan Usia Bateri

Ahad, 12 Jun 2011
Pencegahan Virus Handphone
Sabtu, 11 Jun 2011
Petua penjagaan Handphone

- Tidak menggunakan handphone semasa sedang dicas
- Tidak meletakkan ditempat yang tinggi dan mempunyai risiko untuk jatuh
- Elakkan dari kanak-kanak bermain seperti barang mainan mereka
- Elakkan dari terkena air contohnya semasa hujan
- Tidak berkongsi maklumat dengan kerap dengan handphone lain contohnya melalui penyambungan Bluetooth bagi mengelakkan terkena serangan virus.



